Selangor dan Terengganu mempunyai peluang yang lebih selesa untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia apabila mencipta kelebihan 2 gol pada perlawanan peringkat suku akhir pertama Isnin malam.
Selangor yang memburu misi ke-33 pada tahun ini mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam, Selangor sebelum bertandang ke tempat ke tempat lawan Jumaat ini.
Pasukan bimbingan P.Maniam memperolehi gol pertama seawal minit ke-12 menerusi jaringan Safiq Rahim sebelum menambah gol kedua peribadi pada minit ke-57 menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti.
Mohd Amirulhadi Zainal kemudiannya memperkukuhkan kedudukan Selangor dengan gol ketiga pada minit ke-62.Manakala gol saguhati Perak disumbangkan oleh Mohd Failee Mohammad Ghazli pada minit ke-76.
Terengganu juga turut membawa bekalan selesa untuk bertandang ke tempat lawan setelah berjaya menundukkan musuh tradisinya, Kelantan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah.
Terengganu nyata memanfaakan sepenuhnya apabila dua pemain Kelantan, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Daudsu Jamaludin dilayangkan kad merah pada babak pertama.
Ismail Faruqi membuka tirai jaringan Terengganu pada minit ke-43, namun kapten skuad Kelantan, Mohd Badhri Radzi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78.
Terengganu bagaimanapun tidak mengaku kalah dengan menjaringkan dua gol lagi iaitu masing-masing menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-88 dan Kapten pasukan Marzuki Yusoff pada masa kecederaan.
No comments:
Post a Comment