Malaysia kehilangan pemain pelapis boling berbakat, Khoo Beng Khai, yang meninggal dunia akibat serangan jantung dua bulan selepas lulus ujian kecergasan oleh institut sukan negara (ISN).
Beng Khai dilaporkan pengsan, jam 11.45 malam Rabu sebaik saja tiba di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil selepas menikmati makan malam bersama rakan sepelatih skuad kebangsaan.
Mendiang, 20 tahun, terus dikejarkan ke Hospital Serdang, namun disahkan sudah meninggal dunia.
Kematian juara kategori remaja Kejohanan Boling Terbuka Malaysia 2011 ini cukup mengejutkan kerana mendiang tidak pernah mengadu sakit malah memperolehi markah tertinggi pada ujian kecergasan, Ogos lalu.
Bagi Kongres Tenping Boling Malaysia (MTBC), kehilangan Beng Khai memberi tamparan hebat memandangkan mendiang antara prospek menyumbang pingat Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2014.
Mayat mendiang akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Georgetown, Pulau Pinang untuk upacara mengebumian, Sabtu ini.
Khoo telah menjuarai Remaja Terbuka Malaysia 2011 dan juara Kejohanan Milo Antarabngsa All Star dan meraih pingat gangsa beregu lelaki di Kejohanan Remaja Asia 2010.
No comments:
Post a Comment