Perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei semakin hampir untuk mempertahankan gelarannya dalam Grand Prix Akhir Kebangsaan selepas mudah melepasi peringkat suku akhir.
Chong wei memastikan rekod tanpa kalah dalam kumpulan A dengan menewaskan Lok Chong Chieh 21-18, 21-15.
Sementara itu, beregu lelaki Fairuzizuan Tazari dan Ong Soon Hock menang percuma ke atas Chan Peng Soon - ong Jian Guo dan mara ke separuh akhir selepas pasangan itu menarik diri.
Manakala dalam perseorangan wanita Tee Jing Yi menewaskan Sonia Cheah 22-20, 21-9 dalam kumpulan A untuk mara ke separuh akhir.
Beregu muda Vivian Ho - Woon Khe Wei turut mara selepas menewaskan Mei Kuan - Meng Yean 21-14, 21-17.
No comments:
Post a Comment